welcome to my blog

anything thing about me and my life and any related to my day or nite life...
happy visit and reading ..cheers

slapper d' legend

unplan balik kampung raya haji

This time aku betul-betul unplan untuk beraya dikampung for raya haji. Tapi niat ku untuk beraya di kelate since last yer mmg termakbul juga. Lagipun aku dah lama tak beraya di kale pada raya haji.
Pada khamis b4 raya lepas, aku rasa sayu menengokkan semua kenkawan pulang bercuti dikampung halaman masing-masing. Bila kawan tanya tak balik ke ? Jawab aku, "Tak balik, lagipun sekarang musim hujan dan tengkujuh tak sesuai nak driving balik kampung dgn bawa anak kecil.". Tapi hati aku rasa makin berat untuk pulang ke kampung so lepas solat asar tergerak hati aku menelefon isteriku mengajak balik kampung malam itu. Sahut isteriku, "Nak balik ke ? Baju semua tak kemas apa pun. Macamana nak balik lagipun Nazeef masih kecil baru 2.5 bulan." Jawab aku, " Ah ! tak apa kita balik kejap je lagipun kita balik Kelantan, so kita drop by kat Perak kejap lepas tu kita pecut esok pagi ke Kelate." Isteri mengiya pun tidak , menolak pun tidak ; semuanya terpulang pada aku. Gegas pulang get pack everything, by 10.45pm baru boleh bergerak. so semuanya dah ready aku isi minyak full tank and  berdesut menghala ke Guthrie h-way. Once melepasi Guthrie, kulihat pergerakan kereta agak perlahan di Plus H-way. Kereta penuh sesak, pergerakn tak berapa lancar. Kali kedua aku facing traffic jam macam ni, dulu masa labour day and now raya haji plak. Yela org ramai ambil kesempatan cuti tiga hari. Apakan daya, perjalanan agak tak selesa tapi aku teruskan juga memandu tanpa henti. Setiap perhentian penuh sesak dgn manusia nak mengeluarkan air kencing, berak, rehat dan nak makan.

Perjalan hampir terhenti setelah tiba di Ipoh Selatan, but it's slow moving. Masuk je terowong Jelapang, in the middle kereta semua terhenti. Semua kereta tak bergerak, aku mula cemas dgn kereta masih di terowong. Nasib baik lepas lima minit kereta mula bergerak keluar ...perrgghh lega ...takut betul aku dibuatnya. Tapi kereta masih sesak nafas bergerak agak perlahan menuruni bukit Ipoh toward to Hentian Sg. Perak. Once melepasi Sg. Perak baru lega perjalan aku ke Parit Buntar tapi jam menunjukkan pukul 2 pagi. Pergh lama betul perjalanan aku kali ini..dugaan. Setelah nampak exit Bandar Baru, lega rasanya perjalanan aku sudah hampir tiba ke destinasinya. Touch toll  BB tepat jam 2.55 pagi so lega rasanya... Alhamdulillah selamat aku sampai ke Parit Buntar, Perak.

No comments: